Searching...
23 August 2013

Kejam: Diragut Ketika Solat..


Kak Ani (kanan) melakonkan semula bagaimana bahu kirinya disentuh penjenayah ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah masjid di Chendering.

Jenayah dimana-mana, tak mengira tempat dan masa. Kalau sebelum ni, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kini, penjenayah dah makin berani. Orang yang sedang solat pun boleh diragut.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, yang nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika beliau sedang menunaikan solat Isyak berjemaah disebuah masjid di Chendering pada malam Sabtu.

Menurutnya kak Ani, semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu beliau sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang.

Beliau yang terkejut dengan situasi itu, terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya. Beliau yang terkejut dengan kejadian tersebut terus menjerit menyebabkan penjenayah melarikan diri.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul kerana ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

0 comments :

Post a Comment

 
Back to top!